Al-Kitāb al-Akhḍar

Al-Kitāb al-Akhḍar (Bahasa Arab: الكتاب الأخضر‎, "Buku Hijau") ialah sebuah buku kecil terbitan tahun 1975 yang menjelaskan falsafah politik Muammar Gaddafi, pemerintah tertinggi Libya pada ketika itu. Gaddafi dikatakan mendapat ilham mengeluarkan buku sebegini daripada buku berformat sama dikeluarkan Mao Zedong semasa pemerintahannya di China iaitu Petikan Kata Pengerusi Mao (Cina ringkas: 毛主席语录; Cina tradisional: 毛主席語錄; pinyin: Máo Zhǔxí Yǔlù).[1][2]